E (album Epik High)

[e] ialah album studio keenam oleh kumpulan hip hop Korea Selatan, Epik High, yang dikeluarkan pada 16 September 2009 dan merupakan album ketiga yang dikeluarkan pada tahun itu. Dua album lainnya yang dikeluarkan pada tahun 2009 antara lain Map the Soul dan Remixing the Human Soul. Seperti Map the Soul, [e] juga menyertakan sebuah buku kecil 74 mukasurat yang mengandungi lirik lagu, wawancara, foto, dan pelbagai catatan dari mereka.[2] Tema dari album [e] terbahagi menjadi dua cakera berbeza. Cakera 1 berjudul [e]motion dan Cakera 2 berjudul [e]nergy dengan single utama "따라해(Wannabe)(ft. Mellow)."